Wednesday, December 22, 2010

Pembukaan Butik Fareeda di Seksyen 7 Shah Alam.

Ya ! Kini di buka di Seksyen 7 Shah Alam. Jadi datanglah beramai-ramai. Cuci-cuci mata.

 Layan gambar jela yer..Masa mencemburui diri ini untuk mengemaskini blog. Bukan selalu kemas kini pun. Bersepah- sepah melalut.

suka>>dapat jumpa kawan2, mak pun datang.
sedih>>kena balik awal, tak dapat bergambar sepuasnya. (tudia sepuasnya !)



Mintak tolong teman serumah hantarkan...

1:59 pm.Pergi kelas pun tak "punctual" macam ni. Awal seminit. (jangan bersungguh baca apa yang tertera pada sticker,die kate berhenti jika mengantuk)

Sesi peneraian. Best jadi budak kecik zaman sekarang. Ada tudung kiut-kiut.  


Family. Adik bertudung hitam menjadi photographer.



Padan muka. Orang bergambar kau makan. Lalu amek gambar dengan gambar. Kesian !



gambar kawan2 ade. tapi tak berani nak up kerana privasi. Sekian, terima kasih. Terima Kasih Fareeda di atas jemputan. Nasi sedap ooooo...

Saturday, October 30, 2010

sila komen..

1.Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda tersedar diri anda dipergunakan?

2.Kalau makcik cashier amek duit anda lebih rm 10 kerana dia bodoh tak reti kira, adakah anda menghalalkannya sedangkan anda pun takda duit nak makan??

3.Bagaimanakah untuk melepaskan tekanan selain daripada bercerita dengan rakan yang akhirnya tiada kesudahan??

4.owh..yang ke empat bukan soalan..tapi lebih kepada pemberitahuan. aku baru tahu facebook boleh hide news feed rakan2..owh..sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana tak perlu lihat status yang kadang2 macam "kenapa kaw ni??sume nak bagitahu..nenek aku cakap annoying tahu!!!"

5.Soalan kembali..bagaimana nak elakkan rambut gugur??dahla belum kawen dan beranak pinak..nanti dah kawen dan melahirkan anak pasti lagi gugur rambut kata emak..malas nak ty en yang namanya spek mata yang pakai masa nak mandi kolam (gugel)

6.dahla tu, cukup la..banyak2 karang muntah cikedi pulak..tolong la jawab..nak jawab dalam hati pun boleh..tapi tak berapa nak membantu la..tolong k !

Thursday, October 28, 2010

Thursday, October 21, 2010

saya suka dia !!!comel macam saya..(erkk..perasannya saya tu)

Harmoni Cinta

Ada yang bergerak di dalam dadaku ini
Seperti kukenal pernah kurasakan
Waktu aku jatuh cinta
Waktu hatiku tertarik
Rasanyapun begini
Jatuh cinta

Apakah ini sama seperti yang itu
Hatiku bergerak Aku jatuh cinta
Dinding hatiku berlagu

[ From: http://www.metrolyrics.com/harmoni-cinta-lyrics-gita-gutawa.html ]

Harmoni cinta menyentuh
Pipiku merona
Jatuh cinta

Harmoni cintaku kini datang
Nyanyikan suara hatiku
Berlagu penuh cinta

Wednesday, October 6, 2010

dairiku




okeh..hari ini semangat waja bangun pagi nak tengok Maher Zain ke udara. Semalam siap tidur awal bagai kerana takut terlepas saat2 bahagia bertemu dengannya.

Abby Fana>>owh..nampaknya Maher Zain tak dapat bersama2 kita pagi ni kerana teperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
 Mashitoh>>(dalam hati (T_T))
Wardina>>aaaaaa !!(rupenya kipas susa mati MZ jugak)...[tanpa segan silu dia bercakap sambil pgg telinga]..ok2..dah sampai !!cepat2 suruh die masuk pintu belakang studio..RUN!!!RUN!!RUN!!!...ok please sit here..bla2..(punyalah excited..kalau aku kat sana pun ntah2 lagi melompat2 ntah..
Mashitoh>>(senyum manjang sambil mata tak kelip2)
haih !

tak dapat pergi showcase, tengok dalam tb pun dah besar rahmat..

'why do they thank me??(thanks for coming kate orang2 mesia di epot)..it is my duty!' katenye incik MZ...haih..kalau begitu meh la singgah rumah saya..tak pun datang uitm..sini banyak remaja2 yang perlukan hiburan yang bermesej seperti ini..(ala..MZ tak paham BM..haha !)



p/s:ok2..lepas ni i wat keje..i nak share cerita ni dgn orang ramai..(janji nak siapkan kerja..tapi wat menda lain). bergerak sekarang...



alhamdulillah..sempat jugak kite bergambar bagai..(ok tipu!nmpk sgt anda edit)

Friday, August 13, 2010

salam ramadhan

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam...

semoga kita mendapat keberkatan dalam setiap amal ibadah yang kita kerjakan..

Friday, June 11, 2010

Berikan diri sendiri hadiah~

yah!!!bila exam kemain lagu aku masuk contest. Nah!!sekarang cuti. Aku tak kira, aku nak bagi hadiah peti televisyen kat diri aku. Seperti biasa, aku pendukung  Brands Innershine mesti terkinja-kinja nak masuk contest Innershine. Sekarang ada lebih alasan untuk mendapatkan raut wajah berseri beserta tv LG yang berukuran empat puluh dua inci itu.


Cara- caranya:

1)beli pack cabaran 14 hari innershine prun tu. Jangan cari 14 malam. sumpah tak jumpa..

pek ini ya!!!

2) Lepas 14 hari, tangkap la gambar, kesegaran pada raut wajah anda tu datangnya dari Dia juga sebenarnya, self-portrait photo ya!"senyum...senyum.".(keluar sound efek ketika penggambaran)

3) Bagi tahu bagaimana Innershine ni dapat menolong anda mencapai raut wajah berseri tu. (tidak lebih dari 20 patah perkataan..kalau lebih korang baca la sendiri..mak tak kuase nak layan)


Seterusnya, muka dah cantik berseri, gambar dah amik, perasaan pun dah terluah dengan tidak melebihi 20 patah perkataan, korang hantar la entry tu ke alamat yang tertera.

Cerebos(Malaysia) Sdn Bhd. 5, Jalan Astaka U8/88, Seksyen 8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


dah tukar dah alamatnyer..dulu kat tepi highway tu..



innershineeeeeeee~




p/s: 1st time aku masuk berry innershine, alhamdulillah aku dapat la hadiah yang konon2nya aku ni photogenik..lepas tu tak dapat dah..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....owh..kalau nak lebih sahih atau nak yang orang putih punyer version..click di sini




Saya berbangsa Melayu

Zaman ini, kita mudah menunding jari menyalahkan bangsa sendiri. Kenapakah ini boleh berlaku?? Orang Melayu suka dengki, orang Melayu itu, orang Melayu ini...bla..bla..bla...banyakkan???siap ade skrip untuk filem lagi. Tapi kita "highlight"kan hal dengki mendengki nih dulu..(apa orang melayu kata highlight aa??)..siapa kata orang Melayu ni kuat dengki??mana ada..semua orang tak kira apa jenis bangsa sekalipun tidak terlepas daripada isu dengki mendengki ini.



kenapa mesti cakap orang Melayu..eeeeeee...bangsa aku tu...

Aku beri satu contoh yang sudah terang lagi bersuluh. Cuba tengok kat "youtube". tak kiralah bahasa apa sekalipun, mesti ada komen yang macam tak puas hati. Tapi untuk eksperimen kali ini, korang tengok yang orang Putih punya video la sebab kita nak lihat dan bezakan sejauh mana tahap kedengkian orang Melayu dengan orang Putih..(kenapa putih kena huruf besar??)..

Aku beri contoh lagi, aku suka tengok video Michelle Phan. Dialah 'da great guru' yang mengajar aku tutorial mencantikkan wajah. Bagi aku, Michelle ni macam perfect gila. Video dia superb diiringi lagu-lagu yang memang kalau taknak belajar make up marilah kita mendengar lagu. Tapi, ada jugak orang dengki.(harap2 bukan orang Melayu la yang komen tu..eheeee..). Ada jugak yang tak suka.

bezanya

orang kita>>shhhh..baik kita bukak topik ni dan anyam bersama kawan2..mesti best...uuuuuuu..tak cakap depan2..cakap belakang2..

orang mereka>>wei..@($&@$&...middle jari..bla bla bla...kata direct jer..


kesimpulannya...

Sama jer wei..orang dengki sentiasa ada di mana2. Cuma ade sesetengah orang dia boleh ubah wajah dia menjadi dua tona lebih cerah!!!kenapa tiba2 rasa macam dalam iklan pula. Yela..kat depan kita boleh jadi muka Rosnah, bila kat orang lain jadi muka Rogayah. Haip2..jangan la buat menda khurafat. Kalau mengata jer ok lagi. kalau dah masuk bab2 santau menyantau ni..seram mak...


oklah...Suasana menjadi tegang. Jom la dengar lagu sekolah aku nih. untuk semua bangsaku..



Wahai putera-puteri bangsaku

Ayuh segera menuju

Mengikut gerak langkah maju

Bersatu mencari ilmu



Di zaman sains dan teknologi

Negara perlukan jasamu

Janganlah rasa malas lagi

Bersama memegang teraju



Di Maktab Rendah Sains MARA

Tuntut ilmu jangan jemu

Ikrar taat setia pada guru

Berdisplin selalu



Hari ini hari mulanya

Hari esok berjaya

Lengkapkan segala yang ada

Ke kuliah kita segera



p/s: teringat masa nyanyi lagu nih..part malas tu kemain lagi semua orang...

Tuesday, May 11, 2010


Modeling, simulation and applied optimization
• Editorial
Applied Mathematics and Computation, Volume 206, Issue 2, Pages 509
El-Keib, A.; Sadek, I.

Monday, May 10, 2010

Baju pengantin idaman saya...

tajuk tak macam nak buat karangan sekolah rendah pulak kan...eheeee...mmg..mmg..inilah baju pengantin idaman saya..slllrrrrpppp.....meleleh air liur dibuatnya...


semalam siapa tengok WHI wanita hari ini..mesti tengok baju kahwin hasil sentuhan ajaib RIZMAN RUZAINI

maaakkkkkkkkkk..saya nak baju ini..

sayang...klu u sayang i..i nak baju ini ditempah segera..i tak kesah klu majlis i bese2..tapi i nak baju sendiri..yg ini...yg ini..yg ini...

En Rizman Ruzaini..sila reply email saya..klu tak sy nangis...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


atau..ini hanya angan2 mat jenin yg terjun bersama labu2nya??? berangan jer...isk3...tak kesah la..klu aku tak dapat nak buat macam mana...dah kawen nanti dah kerja kumpul la duit sendiri..beli dan ambil gambar kahwin lagi sekali..wahh..sadis betul...

mana..mana..mana baju aku tu..kat side bar pun ada..tapi nak jugak tayang kat sini...taraaaaaaaaaaa...



 RIZMAN RUZAINI...two thumbs up!!!

cantikkan?????eeeeeeeeeeeeeee..sukernyerrrrrrrrrrrrrrr.....



sekian~muah2..

Tuesday, April 20, 2010

NOTE TO GOD



by Charice

If I wrote a note to God
I would speak whats in my soul
I’d ask for all the hate to be swept away
For love to overflow
If I wrote a note to God
I’d pour my heart out on each page
I’d ask for war to end
For peace to mend this world
I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it seems like so much is goin wrong
On this road…… we’re on
If I wrote a note to God
I’d say please help us find our way
End all the bitterness
Put some tenderness in our hearts
And I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So, So
If I wrote a note to God

Monday, April 19, 2010

blog ini perlukan new post~terimalah MPG kami~entry bergambar dan bertulisan...



ketibaan yg mengalahkan VVVVIP
tapi still wat muke macam datang awal..






apa yg berlaku atas stage tidak dipedulikan..yg penting bergambar...







gambar lagi..








cuba buat tutorial "buat muka comel" kepada rakan2...hasilnya mengagumkan...








buat satu dua persembahan bg menghiburkan peminat...





sekian~selamat maju jaya di dalam peperiksaan~

Thursday, April 15, 2010

Ayat Penyeri Wajah


saja aku nak share dgn hampa semua...aku terjumpa benda ni sbb aku search kat google ada ka ayat penyeri wajah...(kantoi!!tp sekarang dah insaf..at least aku tak pergi cucuk tang sini..cucuk tang sinun)......aku ada jugak entri pasal ayat seribu dinar...tp semua bergantung pada niat..kita minta pada Allah jgn selain dariNya..


Salam

Ada tak ayat2 quran yang boleh diamalkan sebagai penyeri wajah dan juga orang senang tengok kita....???

**************
thtl

Wassalam

alJawab:

Lajnah Fatwa Arab Saudi mengeluarkan sejumlah fatwa dan panduan yang dinamakan "Bida'unNas fiil al-Qur:an" maksudnya Penyimpangan manusia terhadap al-Qur:an dan salah satu penyimpangan itu ialah mendekati al-Qur:an untuk mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat.

Seperti ayat seribu dinar untuk lancar bisnes, ayat penyeri wajah, pendinding, dsbnya. Maka perbuatan ini adalah tertegah. (Darul Wathan, Riyadh, cetakan satu, 1999)

Penyeri wajah dan disenangi orang ialah membaca AQ dan mengamalkan isi kandungannya. Itulah yang dilakukan oleh kaum salaf, terutamanya RasuluLlah SAW, bahawa Aisyah memberitahu para sahabat, bahawa รค akhlak baginda adalah al-Qur:an. AQ adalah cahaya, sesiapa yang sering membaca, hafal, beramal, dan mengkhatamnya secara berkala, insyaAllah akan mendapat nur dan nur itu akan terpancari dar segenap badannya.

HR Bukhari Muslim, " Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Qur:an laksana buat oren, baunya yang harum dan rasanya yang manis."

Muka yang berseri dan bercahaya dapat di capai dengan banyak amalan harian, antaranya wudhu'yang sempurna.

Dalil: HR Muslim dari Abu Hurayra. "kecemerlangan (wajah) kaum mukminin itu sebanyak mana wudhu'yang pernah dilakukan."

Keikhlasan kita dalam beramal dan berjihad juga akan melahirkan nur dan disenangi oleh penduduk bumi dan langit. sekian

Wednesday, March 24, 2010

Beautiful Blogger Award..klu nak bg kat blogger lelaki takut diorang tamo accept pulak..



assalamualaikum...

Alhamdulillah..terima kasih cik pinky kerana telah memberi award ini kepada sy...

Pertama:

saya nak bg award ni untuk blog2 yg saya ikuti..huish!!!..takkan nak bg kat Hanis Zalikha pulak??segan la..tp selalu mengikuti blog dia macam kata abg jep "i follow"..takpa2..cik Hanis manis tak tgk pun blog ko..jgn nak berangan ok!!

ok2..sy nak bagi award ni untuk si cantik manis mereka ini..



fuh2..gigih saya copy link mereka..(benci pulak perkataan gigih ni..mungkin ramai yg pakai lalu terikut2)...ramai lagi yg cantik namun tak tersenarai di sini...yg ada kat atas pun mungkin dah terima pun award ini..



terus lompat Ke-empat sbb tiada masa:



7 perkara mengenai saya..

klu tak mengenai tp sipi2 boleh tak tulis??jgn jd biul shitah..dia cakap yg mengenai saja..ko jgn nak pusing2 wat lawak yg tak kelakar..ini bukan raja atau raji lawak..


7 yer...ok2..dengan ini sy senarai kan tujuh la walaupun ada 7 belas ribu ratus yg mengenai..

1. saya suka budak kecik..baby..klu boleh sy nak suruh mak beranak lagi atau nak masukkan balik adik sy yg bongsu ke dalam perut mak saya balik..tp mak cakap..hg kawen la, nanti hg beranak dapatla baby..hish mak ni..(wat2 macam mak cakap benda tak masuk akal padahal dalam hati..yeaaa...mak bg kawen..mak bg kawen)...
ini adik yg sy nak masukkan balik dlm perut mak


ini adik sy mastura..dan bebi tu e-scha yg mak sy jaga..dia pandai cakap betul3 macam upin ipin dan bila kita cakap INI BENTUK APA?? nanti dia cakap "seigiteiga"..dah pandai tiru ayat2 dalam eklan wardina bersama kanak2..





2. saya suka Mohd Noor Zakkee...dia pakwa sy..sengaja sy letak dia no dua sbb nak bg dia cepat masuk meminang sy..hehe~..



senget bukan sbb gempa..tapi tak rotate sebelum nak upload..


3. sy anak ketiga daripada 4 pasang adik beradik..yaa!!..4 lelaki 4 perempuan..

*tiada gambar*

4. sedang membuat projek tahun akhir berkaitan dgn controller..

*juga tiada gambar*


5. seorang pelajar kepada Dr Yupiter Harangan Prasada Manurung...sengaja juga letak yg ni kerana mempunyai lecturer yg mempunyai nama yg sgt panjang dan unik...tak campur dgn Ing dan apejadah huruf2 yg mengiringi nama beliau..aritu dtg lambat ke kelas..so tak pasti..kad terbaru yg beliau tunjuk tu mungkin akan memanjangkan nama beliau lagi..Dr Ing phd master degree bla bla bla...siapa2 nak wat master dgn lecturer sy ini berkaitan welding dan material amat dialu2kan..hehe..*promote U sendiri dan lecturer sendiri juga*


waa..bersungguh sy up gambar lecturer..*psss..google ni weyh*

jap2..apsal ko asek tulis pasal hal2 yg berkaitan dgn kehidupan seorang student@@??tgk!!tggl 2 jer lagi..isk..kenapa syarat dia letak 7 ja..ok2..pasrah..2 lagi..2 lagi..

6. sy suka toilet yg bersih

last...last..uwaaaaaa..takpa..save the best for the last..

jeng2..


7. SAYA ADALAH SALAH SEORANG PESERTA AKHIR MODEL TUDUNG FAREEDA..SILA UNDI SAYA..HAHAHA~




click like di sini

tp harus jadi Fan dulu ya..fan=kipas..betul tak tipu..takcaya tgk kamus..

ya!!!yg ini mmg sgt berkaitan..dah byk entri sy yg tulis pasal ni..hahaha..mesti panas jer baca kan kan kan..budak ni takde benda lain ker dia nak tulis..takpala..anda layan jela sy..mungkin sy excited sbb benda2 macam ni tak selalu muncul dalam hidup..sekali ja...layankan lah kepala otak sy ni...tibe2 rasa cuak pulak towards the end of the competition ni sbb tak berusaha langsung untuk memancing undi kerana begitu aturannya..usaha gitu2 jer..mmg la undiku jauh ketinggalan..namun....aahh..ape2 jela....hehe.. 

di harap cik pinky dapat membaca entri sy ini...

sekian~

Thursday, February 25, 2010

ya Rasullullah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

salam maulidur rasul...berselawatlah ke atas baginda rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.






Wednesday, February 24, 2010

jaga2 kedai mamak versi budak darjah satu...

bismillahirrahmanirrahim..

salam..dan selamat sejahtera...
bg peminat blog zack zukhairi realiti konspirasi termasuk aku...mesti korang pernah baca pasal jaga2 kedai mamak dan ada apa dgn mamak?...

ahahaha...sumpah aku tak pergi kedai mamak lepas baca entri tu...*sumpah tipu saja nk nmpk gempak*...
nak dijadikan cerita satu hari ni kakak aku dtg nak hantar nasi ayam untuk aku..kebetulan dia nak jumpa kawan tempat dia practical dulu kat seksyen 7...dia ajak2 aku minum sekali, aku pun dah alang2 dia dtg lepak jap la...

kawan dia pulak dah tggu dah kat satu kedai mamak nih..alahaii..aku dalam keta dah bising dah sbb teringat cerita zack tu..hadoiiih...aku cakap..korang ni asal suka sgt kedai mamak...eeee...tawu tak..bla..bla..bla....muncung2 mulut aku cerita...tp takpala..aku ada nasi ayam mak..*fuh nasib baik*....aku on jerlah sbb kawannyer dah menunggu kat kedai tersebut...takkan pulak nak tukar kedai..

nak dijadikan cerita lagi...adik aku yg last bernama timangan juon tu tergedik2 nak ikut...kesian kakak dia mastura yg ditgglkan di rumah..juon ni tak tawu spesis dtg dari mana sgt takut dgn org yg macam mamak tu..even dgn budak kecik versi mamak pun dia boleh nangis macam nampak sesuatu yg menakutkan..aku pun apa lagi..aku suka mengusik dia..

dari dalam kereta aku dah cerita pasal mamak2 ni..dia apa lagi..macam cuak pun ada..ni first time dia pergi kedai mamak..biasa kami tak pernah makan luar..kejutan budaya jugak la untuk budak sekecik dia yg takutkan mamak...dia pgg tgn aku tak lepas..


taraaa..


bukti pertama

reaksi muka terpegun tatkala terlihat manusia berbulu..mungkin pertama kali dalam hidup si juon ni..biasanya kalau muka juon cam ni, dia berimaginasi...apentah dalam kepala otak dia..disebabkan dia peminat 'minum milo anda jadi sihat dan kuat'..lalu kakak2nya pun orderkan lah ayaq lo kat dia...dia diam jer..angguk..





bukti ke2

misi mengecheck kuman di sekitar...haish..apa la yg juon pikir masa ni...


buat muka geli geleman setelah satu teguk...aku takot dia tak abiskan lalu aku cakap kat sarah kakak aku..mmmmmmm..sedapnya air milo ni...ya Allah...tak pernah minum milo sesedap ni...





tgk org sekeliling selambe jer minum..nak minum ke tak ni...slrrpppp..milo tuuuu...
lama jugak air tu kat situ...


serba salah nak minum ke tak sbb klu dia minum nanti aku cakap...eeeeeee..adik minum air ape tu??
tapi beberapa minit kemudian bila air aku dah abis..dia pun berkeyakinan nak minum...




sesudah minum..dia ikut aku basuh tgn..juon mmg tak suka tgn dia kotor...sampai kat singki tu dia tanya..ni apa kak shitah..sambil tunjuk kat kotak yg isi sabun...aku cakap..owh..itu sabun...dia pun cepat2 picit sabun tu kat tgn dia...nanti dulu..dia cium dulu sabun tu betul2..jarak sabun dgn hidung adalah kira2 1mikrometer..pehtu basuh bukan main lama sampai org kena Q tggu minah kecik ni basuh tgn...


tu aku tak cerita lagi pasal entri zack kat dia..klu aku cerita...mesti dia tak nak ikut kami dah lepas ni..haha...



p/s:dalam kereta tiba2 dia cakap..."sabun dia bau busuk!!"...aku dgn sarah gelak jer...amboih..kecik2 dah pandai komplen..klu duk kat uk mesti kena bunuh sebab racist sgt...haha.klu kat mesia pun sama jugak kena bunuh...kat mana2 pun..saja nak nmpk up sbb tu tulis uk..haha !kata satu malaysia..



sekian...~

Sunday, February 21, 2010

tak guna punya kakak!!!!






bismillahirrahmanirrahim...

disebabkan cahaya sgt indah..lalu kesempatan diambil untuk bergambar sbb gambar yg terhasil boleh dikira menarik la..*gambar yer* tak payah susah2 lagi nak edit..gahahaha..tgk adik..kesian kan...terik giler kot cahaya sang suria....





sarah gelak tgk gambar adik yg ni....hahaha~








eceh..adik dah tak payah tutup2 mata sbb dia dah amek shades tu..ini baru contoh kakak yg baik...tp still tak guna sbb up gambar sendiri untuk ape tujuan ntah...haha ! syok sendiri la ni..gahahaha...







i lebiu mak..kesian mak mengantuk tggu makanan...muah3!!..ok..tgk muka mak baru semangat nak buat kerja...tata!


sekian...

Friday, February 19, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.

Bismillahirrahmanirrahim....



click sini jika ingin turut serta memeriahkan contest ini..









Bismillahirrahmanirrahim...(cuak pulak nak mulakan entri ni...tiba2 berdebar)
saya mulakan entri ini dengan........





gambar..gambar ...dan gambar...





saya...





si dia







saya+si dia





MENGAPA SI DIA PILIHAN HATI SAYA...


begitu banyak cerita..ada suka ada duka..cinta yg ingin ku tulis..mmg cinta biasa..tapi kami rasa luar biasa...

eemmmm*clear throat*....

mengapa si dia pilihan hati saya...saya memang memilih si dia En Mohd Noor Zakkee B Mohd Rosdi untuk dijadikan sebagai teman hidup selama-lamanya kerana banyak sebab..mungkin tak terungkapkan hanya dgn kata2..ok la..saya ceritakan dulu serba sedikit kisah percintaan kami..kemudian barulah saya akan teruskan dengan sebab2 utama saya memilih dia..

flash back 8 tahun lalu~~~~~
si dia merupakan peminat no satu saya sejak dulu lagi..(*wah..artis kah kau nih??*)..katanya dia bermimpi dan dia pasti itu adalah saya..(*haip2,mimpi apa tu.??*)..bukan mimpi tula..mimpi pasal bertemu seorang wanita idaman..giler sempoi boleh yakin itu saya...dia terlalu memuja saya..sehingga sekarang..diharap sampai saya kerepot pun dia akan tetap begitu..waktu di sekolah dulu dia menjadi peminat rahsia saya..dia sgt segan nak bertegur sapa dgn saya..saya pun pelik..muka saya ada macam muka telan manusia kah??sampai sekarang saya menyesal..kenapa kami tak couple sejak sekolah..kenapa dia tak approach saya..kenapa??kenapa??katanya dia segan..dia tak kacak mana..takut saya reject dia masa tu..haishh..

2tahun lepas~~~~
namun segalanya berubah apabila saya teringin nak pergi reunion budak2 muo..lalu teraktifkan diri di group sekolah lama dengan menghantar komen2 tidak berasas ke group tersebut...pssss..rupanya..dialah yg mengendalikan group tersebut..katanya..dengan pantas beliau menambah saya sebagai rakan tatkala mengetahui Mimshin Yatoha itu adalah saya...tak pasal2 dia yg 'nebes"..

lalu bermulalah hak2 hik2 antara kami..masa itu fb takdak lagi..friendster la tempat nak merapu kami..ya Allah ampun!!!..dua2 ekor ni mmg kuat merapu..saya tggu dia balas komen saya...dia pulak tggu saya balas komen dia..kat shah alam, saya gelak satu shah alam baca komen dia..dia pulak kat semenyih, gelak satu semenyih baca komen saya...cinta friendster la ni kiranya..nasib baik u warganegara..klu u ni warga asing mmg tak lepas nak bercinta dgn i..hehe..

satu hari tu dia mendesak untuk berjumpa dgn saya...katanya dia akan ke bandung..mungkin takkan dapat jumpa saya lepas ni..*hek eleh..macam lepas kau balik dari sana takle pulak nak jumpe aku kan??*..macam2 alasan dia bagi untuk berjumpa dengan saya..saya ni pulak jenis jual mahal..habis semua kawan2 saya tanya patutkah saya jumpa dgn dia...nasib baik tak ketuk rumah jiran nak ty kat jiran patutkah saya jumpa dia??

haish...masa tu saya lapar gila..pikir punya pikir..kira jadilah..lapar punya pasal..saya jumpa dia...mak aihhh..besaqnya badan dia...rambut dah macam tempat persembunyian lebah dah kata saya dalam hati..tapi masa tu bukan jumpa as pakwa makwa..hanya kawan lama..tak lebih tak kurang..sbb tula hati saya boleh kutuk kaw2..ehehehe...*nah..sekarang dah nak jadi suami kau pulak..ngee~*


borak pasal sekolah..borak pasal masalah peribadi saya..borak pasal pelajaran sekarang..macam2 la..
lepas pada tu, saya ada ajak dia pergi tgk wayang, tp ajak2 ayam ja..masa tu saya dgn kawan2 saya dah sejam kat OU..dia punyala excited..tak tawu jalan pun ok jer gerak dari rumah dia..siap google map lagi nak pergi OU punya pasal nak jumpa saya..



bla bla bla...*cut sbb cerita panjang*...dan akhirnya kami bercinta...tammat..



dan sekarang saya dah boleh tulis sebab mengapa si dia pilihan hati saya..

si dia menjadi pilihan hati saya kerana budi bahasanya..ucapannya lembut sekali..tak pernah sekali dia berkata buruk kepada saya..wlupun dia penat..dia cuba untuk pura2 tidak penat..terima kasih sayang..dia begitu serasi dgn mak saya..kadang2 apa yg dia suka sebijik macam apa yg mak saya suka..dia boleh pura2 tabah walaupun dia mempunyai masalah keluarga..dia jarang cerita..tp klu saya gaduh dgn adik kecik pun sibuk nangis2 cerita kat dia..

si dia menjadi pilihan hati saya kerana dia tak jemu2 memberi semangat tatkala saya putus asa dalam sesuatu..saya pernah jatuh tersungkur dalam pelajaran..saya pernah jatuh sampai tak boleh bangun dalam percintaan, ke mana pun saya..apa pun saya lakukan..dia sentiasa berdiri teguh menyokong saya biarpun halangan bertubi2 menimpa saya..

si dia juga sgt mengambil berat tentang saya..saya sering jatuh sakit..dia bekalkan ubat untuk saya kerana dia jauh..dia beli scott emulsion untuk saya wlupun saya tak suka dan jus..dia beli sekotak panadol wlupun dia tak galakkan saya makan panadol..tapi itu semua dia lakukan kerana cintanya pada saya kerana tak mahu saya sakit..bukan saya nak beritahu umum, setakat panadol semua org boleh beli...namun apa yg saya nak highlightkan di sini..usaha beliau yg tak putus2 untuk saya..si dia sanggup nak belikan produk mahal untuk kulit saya tapi kulit dia terabai..tak boleh jadi..biarlah muka i berjerawat syg..i tak kesah asalkan u tak kesah..i menangis sbb i tak biasa jadi macam ni..


si dia sgt memahami kehendak dan cita rasa saya dan buat saya ketawa macam org gila...



pernah dulu saya berangan2 inginkan teddy bear gemuk tu..jgn katakan satu..dah berekor2 teddy bear gemuk si dia berikan kepada saya..sampai mak saya marahkan saya kerana mak ingat saya yg minta..betul mak, saya minta..saya mintak satu..tp sampai sekarang dia bagi...sengaja saya tak suruh dia stop, nak tgk sampai bila dia nak bagi saya teddy bear..hehe...


owh ya..banyak yg dia telah buat untuk saya, tak perlulah saya ceritakannya di sini..nanti nmpk macam saya poyo..tp saya nak bgtahu juga..dia berdiet untuk saya wlupun saya tak suruh..sy bangga dgn dia..susah taw nak diet..sekurang2nya u dah mencuba sayang..tak boleh tak apa sayang..



saya begitu sayangkan si dia..walaupun dia bukan lelaki impian saya..sekarang saya akan dah tukar impian saya kerana dia sangat2 lelaki idaman saya...i love u sayang...i rasa u terlalu baik untuk i..harapan i u jgn berubah apabila sudah kahwin..ramai org cakap sebelum kahwin mmg kentut pun bau ala2 perfume miracle lancome..tp saya akan terus berdoa ia akan kekal begitu dan bahagia ke akhirnya..

saya masukkan dalam bentuk teringkas agar lebih jelas

mengapa..mengapa...mengapa...

dia bijak
dia penyabar
dia kelakar


banyak lagi sebab yg tak tertulis di sini...nasihat saya..cintailah org yg mencintai kita..bukan mencintai org yg kita cintai..sesungguhnya..org yg mencintai kita lebih menghargai dan menyayangi kita berbanding org yg kita cintai...








MAJLIS IMPIAN SAYA...

sebenarnya saya tidak menyimpan sebarang impian perkahwinan memandangkan saya takut tak dapat nak capai impian tersebut malah saya tak tahu pun tema2 yg ada...konon2 teringin nak dapat liputan nona..mmg tak la kan...tapi jauh di dalam hati..saya inginkan sebuah majlis yang sederhana tema warna 'sebijik' macam banner...pink purple lembut..*dah bg hint kat atas...hehe*....ataupun serba putih+ satu warna lain klu warna tema saya pink purple tu tak berapa logik..tema majlis pulak cinta..cinta..dan cinta...biar semua dapat rasa aura cinta tu masa majlis impian saya tu...ada ke tema cinta tu..saya tak berapa ada ilmu pasal tema..klu ada masa nanti teringin nak pergi PWTC nk tgk pameran tu nak tambah ilmu dan cipta impian..ngee~








BERAPA LAMA HUBUNGAN INI BERJALAN.....

alhamdulillah...usia hubungan kami dah 2 kali raya aidilfitri...walaupun tak lama tapi saya rasa bertuah dapat berkenalan  dan berkawan dgn si dia...semoga hubungan kami akan berkekalan selama-lamanya...aminnnn....













sekian~

siapa lahir tahun harimau angkat tangan???


bismillahirrahmanirrahim...

salam semua...siapa yg lahir tahun 1986 tak payah angkat tgn...cuma buat ngauman harimau sikit...auummm...wah..*comelnyer siapa yg buat*..sebenarnya aku la yg lahir tahun harimau tu..
tapi aku terkezut harimau dgn apa yg aku baca kat paper metro hari khamis bersamaan 18 februari...



dalam paper tu ada tertulis...org yg lahir tahun harimau ni mmg tak boleh dijadikan pasangan hidup, tudia..klu boipren aku percaya ni kompom dia takmaw kat aku.. jadi pengapit pun tak boleh...sukati jer...aku dah jadi 3 kali pengapit..takda pun tetamu lari pada hari kejadian...

lagi satu..kelahiran kat satu negara ni amat membimbangkan..mereka takut lahirkan anak pada tahun ini kerana dibimbangi anak yg keluar akan bermuka garang...tudia...muka aku mmg garang..tapi jgn risau..aku tak makan org...tapi ada ja org lahir tahun ghimau muka kiut habes..contoh artis yg lahir tahun harimau dan seusia aku...



agnes monica..mmg garang...



yuna...mmg garang...



ape yer nm dia..dia berlakon cite twilight kan??..senyuman garang....





cik megan...garang...tgk bibiaq dia terbuka...mata dia mahal..



yay!!!tak sangka kita sebaya..patut pun otak lebih kurang...awak dapat upsr berapa A??owh..awak tak paham bahasa melayu...maafkan saya...





sekian...






cak...aaaa....mata rimau...

comel..comel..comel...