Monday, January 4, 2010

Ayat seribu dinar dan pengertiannya....

5c8e262b.jpg

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



amalkan ayat ini 3 kali setiap kali habis sembahyang..insyaAllah..Allah akan memudahkan jalan bg kita dan dimurahkan rezeki..yg penting..kita mesti yakin seyakinyakinnya dgn Allah s.w.t...

2 comments: