Friday, June 11, 2010

Berikan diri sendiri hadiah~

yah!!!bila exam kemain lagu aku masuk contest. Nah!!sekarang cuti. Aku tak kira, aku nak bagi hadiah peti televisyen kat diri aku. Seperti biasa, aku pendukung  Brands Innershine mesti terkinja-kinja nak masuk contest Innershine. Sekarang ada lebih alasan untuk mendapatkan raut wajah berseri beserta tv LG yang berukuran empat puluh dua inci itu.


Cara- caranya:

1)beli pack cabaran 14 hari innershine prun tu. Jangan cari 14 malam. sumpah tak jumpa..

pek ini ya!!!

2) Lepas 14 hari, tangkap la gambar, kesegaran pada raut wajah anda tu datangnya dari Dia juga sebenarnya, self-portrait photo ya!"senyum...senyum.".(keluar sound efek ketika penggambaran)

3) Bagi tahu bagaimana Innershine ni dapat menolong anda mencapai raut wajah berseri tu. (tidak lebih dari 20 patah perkataan..kalau lebih korang baca la sendiri..mak tak kuase nak layan)


Seterusnya, muka dah cantik berseri, gambar dah amik, perasaan pun dah terluah dengan tidak melebihi 20 patah perkataan, korang hantar la entry tu ke alamat yang tertera.

Cerebos(Malaysia) Sdn Bhd. 5, Jalan Astaka U8/88, Seksyen 8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


dah tukar dah alamatnyer..dulu kat tepi highway tu..



innershineeeeeeee~




p/s: 1st time aku masuk berry innershine, alhamdulillah aku dapat la hadiah yang konon2nya aku ni photogenik..lepas tu tak dapat dah..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....owh..kalau nak lebih sahih atau nak yang orang putih punyer version..click di sini




Saya berbangsa Melayu

Zaman ini, kita mudah menunding jari menyalahkan bangsa sendiri. Kenapakah ini boleh berlaku?? Orang Melayu suka dengki, orang Melayu itu, orang Melayu ini...bla..bla..bla...banyakkan???siap ade skrip untuk filem lagi. Tapi kita "highlight"kan hal dengki mendengki nih dulu..(apa orang melayu kata highlight aa??)..siapa kata orang Melayu ni kuat dengki??mana ada..semua orang tak kira apa jenis bangsa sekalipun tidak terlepas daripada isu dengki mendengki ini.



kenapa mesti cakap orang Melayu..eeeeeee...bangsa aku tu...

Aku beri satu contoh yang sudah terang lagi bersuluh. Cuba tengok kat "youtube". tak kiralah bahasa apa sekalipun, mesti ada komen yang macam tak puas hati. Tapi untuk eksperimen kali ini, korang tengok yang orang Putih punya video la sebab kita nak lihat dan bezakan sejauh mana tahap kedengkian orang Melayu dengan orang Putih..(kenapa putih kena huruf besar??)..

Aku beri contoh lagi, aku suka tengok video Michelle Phan. Dialah 'da great guru' yang mengajar aku tutorial mencantikkan wajah. Bagi aku, Michelle ni macam perfect gila. Video dia superb diiringi lagu-lagu yang memang kalau taknak belajar make up marilah kita mendengar lagu. Tapi, ada jugak orang dengki.(harap2 bukan orang Melayu la yang komen tu..eheeee..). Ada jugak yang tak suka.

bezanya

orang kita>>shhhh..baik kita bukak topik ni dan anyam bersama kawan2..mesti best...uuuuuuu..tak cakap depan2..cakap belakang2..

orang mereka>>wei..@($&@$&...middle jari..bla bla bla...kata direct jer..


kesimpulannya...

Sama jer wei..orang dengki sentiasa ada di mana2. Cuma ade sesetengah orang dia boleh ubah wajah dia menjadi dua tona lebih cerah!!!kenapa tiba2 rasa macam dalam iklan pula. Yela..kat depan kita boleh jadi muka Rosnah, bila kat orang lain jadi muka Rogayah. Haip2..jangan la buat menda khurafat. Kalau mengata jer ok lagi. kalau dah masuk bab2 santau menyantau ni..seram mak...


oklah...Suasana menjadi tegang. Jom la dengar lagu sekolah aku nih. untuk semua bangsaku..



Wahai putera-puteri bangsaku

Ayuh segera menuju

Mengikut gerak langkah maju

Bersatu mencari ilmu



Di zaman sains dan teknologi

Negara perlukan jasamu

Janganlah rasa malas lagi

Bersama memegang teraju



Di Maktab Rendah Sains MARA

Tuntut ilmu jangan jemu

Ikrar taat setia pada guru

Berdisplin selalu



Hari ini hari mulanya

Hari esok berjaya

Lengkapkan segala yang ada

Ke kuliah kita segera



p/s: teringat masa nyanyi lagu nih..part malas tu kemain lagi semua orang...