Friday, June 11, 2010

Saya berbangsa Melayu

Zaman ini, kita mudah menunding jari menyalahkan bangsa sendiri. Kenapakah ini boleh berlaku?? Orang Melayu suka dengki, orang Melayu itu, orang Melayu ini...bla..bla..bla...banyakkan???siap ade skrip untuk filem lagi. Tapi kita "highlight"kan hal dengki mendengki nih dulu..(apa orang melayu kata highlight aa??)..siapa kata orang Melayu ni kuat dengki??mana ada..semua orang tak kira apa jenis bangsa sekalipun tidak terlepas daripada isu dengki mendengki ini.



kenapa mesti cakap orang Melayu..eeeeeee...bangsa aku tu...

Aku beri satu contoh yang sudah terang lagi bersuluh. Cuba tengok kat "youtube". tak kiralah bahasa apa sekalipun, mesti ada komen yang macam tak puas hati. Tapi untuk eksperimen kali ini, korang tengok yang orang Putih punya video la sebab kita nak lihat dan bezakan sejauh mana tahap kedengkian orang Melayu dengan orang Putih..(kenapa putih kena huruf besar??)..

Aku beri contoh lagi, aku suka tengok video Michelle Phan. Dialah 'da great guru' yang mengajar aku tutorial mencantikkan wajah. Bagi aku, Michelle ni macam perfect gila. Video dia superb diiringi lagu-lagu yang memang kalau taknak belajar make up marilah kita mendengar lagu. Tapi, ada jugak orang dengki.(harap2 bukan orang Melayu la yang komen tu..eheeee..). Ada jugak yang tak suka.

bezanya

orang kita>>shhhh..baik kita bukak topik ni dan anyam bersama kawan2..mesti best...uuuuuuu..tak cakap depan2..cakap belakang2..

orang mereka>>wei..@($&@$&...middle jari..bla bla bla...kata direct jer..


kesimpulannya...

Sama jer wei..orang dengki sentiasa ada di mana2. Cuma ade sesetengah orang dia boleh ubah wajah dia menjadi dua tona lebih cerah!!!kenapa tiba2 rasa macam dalam iklan pula. Yela..kat depan kita boleh jadi muka Rosnah, bila kat orang lain jadi muka Rogayah. Haip2..jangan la buat menda khurafat. Kalau mengata jer ok lagi. kalau dah masuk bab2 santau menyantau ni..seram mak...


oklah...Suasana menjadi tegang. Jom la dengar lagu sekolah aku nih. untuk semua bangsaku..



Wahai putera-puteri bangsaku

Ayuh segera menuju

Mengikut gerak langkah maju

Bersatu mencari ilmu



Di zaman sains dan teknologi

Negara perlukan jasamu

Janganlah rasa malas lagi

Bersama memegang teraju



Di Maktab Rendah Sains MARA

Tuntut ilmu jangan jemu

Ikrar taat setia pada guru

Berdisplin selalu



Hari ini hari mulanya

Hari esok berjaya

Lengkapkan segala yang ada

Ke kuliah kita segera



p/s: teringat masa nyanyi lagu nih..part malas tu kemain lagi semua orang...

8 comments:

  1. nyanyi la sikit
    pastu upload kat sini...erk888

    ReplyDelete
  2. bagus jugak idea tu..(perasaan orang nak dengar sore kaw)

    ReplyDelete
  3. eh awk dulu mrsm mane? k.eli mrsm kuantan

    ReplyDelete
  4. hahahaha ptt la cam je lirik lagu..sekali lagu maktab daaaaaaaa...*mls nk dgr lagu pepagi ni :P

    ReplyDelete
  5. kak eliza>> mrsm muar...lagu tu macam bermakna sangatkan??!!!rindu pulak kat sekolah...

    ReplyDelete
  6. hek?! lgu maktab ke sitah oii~ pdn la ai pon cm penah nyanyi je ini lagu~

    ReplyDelete
  7. irma>>nanti kita nyanyi sama2 k..

    ReplyDelete
  8. salam,nak sentuh skit isu Saya berbangsa Melayu, mmg betul dah jd lumrah org mlayu dlm hasut menghasut,dengki mendengki,santau mnyantau,batu api,mcm2 lg sikap yg negatif,sy juga berbangse melayu dan sy akui mmg itu sikap yg sebati dgn jiwa org melayu,bg sy x usah la dbanggekan sgt dgn Melayu ni,sy mnyokong kate2 Tuan Guru Nik Aziz,"sy x bangge menjadi melayu".bangse tidak dtny oleh Tuhan di akhirat,bangse tidak dtny oleh malaikat di alam kubur,bangse jugak bkn penentu utk kite ke syurga tetapi agama! mati pertahankan bangse adelah mati biase,tp mati pertahankan agama,pertahankan kalimah Allah,direct trus ke syurga.jd...x usahla kite berbangge sgt dgn bangse melayu kite ni......trime kasih,wsalam

    ReplyDelete