Wednesday, June 8, 2011

Sireh Junjung





Ini Sireh Junjung


Ini juga Sireh Junjung

Wednesday, April 27, 2011

Madisons Easter look!

ANTM Cycle 16 EPISODE 10...spoiler..

Tak pernah2 buat spoiler ni baru pertama kali buat sebab dah tertengok keindahan mereka ni berjubah. Cantik gila kan??Walaupun tak berapa suka dengan Alex tapi dia nampak cantik gila dengan jubah warna putih tu. Brittani pun sweet jer pakai kaler pink, lebiu lah !!!. Hannah punya jubah pun cantik kalau aku pakai. (perasan)...


Sebenarnya aku nak mengutuk Alex jer dari tadi, tapi bila aku taip,aku 'backspace' kan balik. Biarkanlah die. Nanti orang kate aku jeles pulak dengan die. Tahu la menang dapat kerete FORD FOCUS. bla..bla..bla...tahniah2..(muke bengang)

Rupanya mata Brittani ni kecik jer..klu die tajamkan lagi la kecik. Uniq gila !Tok aku cakap 'beri hai peshen'..



Lihat2, semua pakai high heels kecuali Brittani. Cantik baju Hannah..(^^,)









My call out order >>



Pertama !!!!

























































Kedua >>



















Ke 3>>

Ke 4>>

ke akhir>>


nak cepat..tak larat nak tulis panjang2...

Wednesday, April 13, 2011

BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA!

DENGAN KERJASAMA AKMALHILMI DAN ANDYHOWTT



Salam sejahtera...

Tajuk entri pun dah menceritakan sedikit sebanyak yedak. Jadi tanpa membuang masa tengok la 'bidio' yang aku upload dekat 1TUBE sebagai tanda mendukung 1TUBE. Aku tak tahu pun pasal kewujudan 1TUBE ni pada mulanya. Tengok !!!aku sendiri pun lupa macam mana aku kenal 1TUBE. OH !!!dah ingat. dah ingat!!aku tgk Maria Elena!!*** 'bidio' yang kena 'interbiu' dengan Ben***. Ala..bidio yang Maria tersangat cool dan yang tukang interbiu tu malu2 kucen. Nah !takpasal2 gossip kat cni.

ok2. kembali ke pangkal jalan. 

Saya MIMSHIN YATOHA dari mimshinyatoha.blogspot.com telah menyanyikan lagu AWAN NANO. Lagu ini milik Hafiz AF, sorry hafiz kerana merosakkan lagu anda yang sedap itu..memang..saya tak prektis pun lagu awak, saya main tibai jer..harap awak maafkan saya yer hafiz.ade la sumbang sana sini sedikit sebanyak.


tahu pasal contest ni bila tgk kat bulletin 1TUBE. terimalah !!!




        


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH CONTACT TIA DI FACEBOOK PAGE BLOG TIAFAZUNIAAKMALHILMI ATAUPON ANDYHOWTT

p/s: terima kasih kepada Sharifah Hanisah kerana meminjamkan ribanya..

Sunday, April 10, 2011

this i promise u

When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..

And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you

I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never...
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart (give you my heart)
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...

Just close your eyes (close your eyes)
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Till the day my life is through
This I promise you..
This I promise you..

Over and over I fall (over and over I fall)
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...

And I will take (I will take you in my arms)
You in my arms
And hold you right where you belong (right where you belong)
Till the day my life is through
This I promise you baby

Just close your eyes 
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Every word I say is true
This I promise you

Every word I say is true
This I promise you
Ooh, I promise you... 

Thursday, March 17, 2011

Awek Cun



p/s:bukan awek rupanya....

Zizan raja lawak feat Dina - Selamat Tinggal

 
 
 Dina
 
 Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Zizan

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


 
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini


Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa 
(jangan pergi, jangan pergi, jangan tinggalkan aku begini)

Selamat tinggal kawanku
(usah pergi)
Tak mudah aku pergi
(jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
(aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku
(usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal 
(jangan biarkan ku menderita disini, jangan biarkan ku terseksa disini sayang)

Selamat tinggal kawanku
(usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini
(aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku
(jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal 
(aku menyintai dirimu sayang, jangan biarkan aku sendiri disini sayang)

Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
 
 
p/s: sesiapa yang nak bersalin, jangan lupa belajar make up dari Youtube...(pesanan ringkas yang takde motif sebab rasa lawak awek cun tu make up walahhh masa nak pergi bersalin.....)

Thursday, February 10, 2011

Resepi Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2..


Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada episode kali ini dalam "jalan2 sesat jalan"...

Untuk resepi kali ini, aku nak share resepi mudah dan ringkas seperti resepi episode yang lalu. Berpegang pada kata-kata "SEDAP DAN MUDAH..ANDA PUN BOLEH BUAT !!!", lalu terciptalah entri resepi sekali lagi bagi mengubat jiwa para penggemar masakan sedap dan mudah. (sedap ker???)

Untuk tidak mengecewakan para peminat entri resepi, jadi moleklah kiranya aku 'habaq awai-awai' bahawasanya entri ini tidak bergambar. Anda memerlukan imaginasi yang tinggi untuk membayangkan cara-cara dan bahan-bahan. Sumpah bosankan. Ala..nak wat camne..jangan la belah lagi. Nak jugak tulis resepi ni. Kalau nak tunggu gambar, alamatnye takde la entri resepi dari aku. Anggap jela aku ni mak korang, mak ajar masak mana pakai gambar, mak cerita je kan??(mak tak pernah ajar aku pun sebab aku malas masuk dapur.

ok. Tak mau cakap banyak. Kita terus ke bahan2nya:

1) 2 ulas bawang putih dimayang. (ini bukan ulik mayang diulik)
2) Minyak untuk menumis (sikit jer, jangan hentam sampai 5 botol)
3) Rempah kari ayam dan daging (ikut suka nak pakai banyak mana)
4) Telur ayam (suka hati juga nak berapa biji)
5) garam dan gula (ada yang suka serbuk perasa ajinaikmoto pun boleh letak,selagi tak berdosa dibolehkan)
*separuh bungkus rempah kari boleh letak 4 biji telur. yeke??aku agak2 la..

Cara2nya...

Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
Masukkan bawang putih yang telah dimayang..(wei, klu korang nak dadu pun ok, ade ke aku kesah??).
Setelah naik bau, masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan air.
Berilah rempah tu bergaul mesra dengan minyak beserta bawang yang telah ditumis tadi.
Agak-agak rempah dah masak, pecah minyak (tapi mak cakap tak payah tunggu sampai pecah minyak pun takpe)..pecahkan telur lalu kacau. Tambahkan air jika mahu kuah banjir.
Masukkan garam gula secukup rasa. Serbuk perasa kalau mahu.
Siap ! boleh makan cicah dengan roti. nYam2. (sumpah lapar lepas tulis entri ni)


p/s:nanti klu aku masak, aku amek gambar upload eh..haha..(^^,)

Tuesday, February 8, 2011

nukilan

hati tak ingin membenci
walau diri seperti di pijak di dengki
redha dan tetap berdiri
mungkin cepat terasa hati
namun aku tahu
Allah ciptakan aku untuk sesuatu
menghambakan diri setiap waktu
mengenali hati budi hamba-hambanya
yang bagi aku Masyallah peliknya

realiti dunia
ramai yang tak mensyukuri nikmat penberian-Nya
namun mendabik dada
kata itu ini dia punya
biarlah
suatu hari kau rasa
pedih berbisa dari mulut kau juga
mungkin balik kepada kau pula
siapa kau??
entah
dari mana asalnya
keturunannya
jati dirinya
musnah
bila tiba di kota
ahhh..
biar hati meronta
aku sabar dan tabah
hanya doa
semoga kau menjadi hebat seperti yang kau mahu
aku bukan lawan
bukan tandingan
aku insan biasa
pergi la kiasu sana
aku kiasi
jangan kiasu padaku
kerana aku tak punya apa
harta pangkat malah rupa
nyah kau dari aku

itu hanya kata hati
lalu diri meronta merintih berperang dengan jiwa
sampai bila derita
hinggap di diriku
aku pasrah
 ya aku ulang
aku bukan tandingan mu
malah bukan lawanmu
berhenti !!!
berhenti !!!
berhenti !!!

kerana aku lelah
aku tidak cukup ampuh
aku kasihan
kasihan diri aku
eyahhhhhh !!!

lari..lari..lariiiiiiiii..
tapi kau kejar
aku tak boleh lari
kau datang menghampiri !!!

aaaaaaaaaa...
tolong pergi
tinggalkan aku
aku bukan lawan mu
aku bukan tandingan mu

Tuesday, January 11, 2011

Kisah Anak Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang bisa berbicara dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan berbicara dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada
waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.



Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawaban, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat dimaksud .

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berhasil bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam kurungan dan melakukan sesuatu di dalamnya . Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu dituntunnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Selesai kerjanya barulah dia melayani Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu yaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu memelihara babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang buruk rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sebagaimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampuni. Aku memohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenarnya , tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walaupun banyak sekali dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui pemberian wang , tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan
doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Moga dapat diambil hikmah dan manfaat dari kisah ini ....:)


p/s :sedihnya..walaupun copy paste dari email.marilah kita bersama2 menjadi anak yang soleh dan solehah...selamat berilmu beramal...