Tuesday, February 8, 2011

nukilan

hati tak ingin membenci
walau diri seperti di pijak di dengki
redha dan tetap berdiri
mungkin cepat terasa hati
namun aku tahu
Allah ciptakan aku untuk sesuatu
menghambakan diri setiap waktu
mengenali hati budi hamba-hambanya
yang bagi aku Masyallah peliknya

realiti dunia
ramai yang tak mensyukuri nikmat penberian-Nya
namun mendabik dada
kata itu ini dia punya
biarlah
suatu hari kau rasa
pedih berbisa dari mulut kau juga
mungkin balik kepada kau pula
siapa kau??
entah
dari mana asalnya
keturunannya
jati dirinya
musnah
bila tiba di kota
ahhh..
biar hati meronta
aku sabar dan tabah
hanya doa
semoga kau menjadi hebat seperti yang kau mahu
aku bukan lawan
bukan tandingan
aku insan biasa
pergi la kiasu sana
aku kiasi
jangan kiasu padaku
kerana aku tak punya apa
harta pangkat malah rupa
nyah kau dari aku

itu hanya kata hati
lalu diri meronta merintih berperang dengan jiwa
sampai bila derita
hinggap di diriku
aku pasrah
 ya aku ulang
aku bukan tandingan mu
malah bukan lawanmu
berhenti !!!
berhenti !!!
berhenti !!!

kerana aku lelah
aku tidak cukup ampuh
aku kasihan
kasihan diri aku
eyahhhhhh !!!

lari..lari..lariiiiiiiii..
tapi kau kejar
aku tak boleh lari
kau datang menghampiri !!!

aaaaaaaaaa...
tolong pergi
tinggalkan aku
aku bukan lawan mu
aku bukan tandingan mu

No comments:

Post a Comment