Thursday, February 10, 2011

Resepi Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2..


Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada episode kali ini dalam "jalan2 sesat jalan"...

Untuk resepi kali ini, aku nak share resepi mudah dan ringkas seperti resepi episode yang lalu. Berpegang pada kata-kata "SEDAP DAN MUDAH..ANDA PUN BOLEH BUAT !!!", lalu terciptalah entri resepi sekali lagi bagi mengubat jiwa para penggemar masakan sedap dan mudah. (sedap ker???)

Untuk tidak mengecewakan para peminat entri resepi, jadi moleklah kiranya aku 'habaq awai-awai' bahawasanya entri ini tidak bergambar. Anda memerlukan imaginasi yang tinggi untuk membayangkan cara-cara dan bahan-bahan. Sumpah bosankan. Ala..nak wat camne..jangan la belah lagi. Nak jugak tulis resepi ni. Kalau nak tunggu gambar, alamatnye takde la entri resepi dari aku. Anggap jela aku ni mak korang, mak ajar masak mana pakai gambar, mak cerita je kan??(mak tak pernah ajar aku pun sebab aku malas masuk dapur.

ok. Tak mau cakap banyak. Kita terus ke bahan2nya:

1) 2 ulas bawang putih dimayang. (ini bukan ulik mayang diulik)
2) Minyak untuk menumis (sikit jer, jangan hentam sampai 5 botol)
3) Rempah kari ayam dan daging (ikut suka nak pakai banyak mana)
4) Telur ayam (suka hati juga nak berapa biji)
5) garam dan gula (ada yang suka serbuk perasa ajinaikmoto pun boleh letak,selagi tak berdosa dibolehkan)
*separuh bungkus rempah kari boleh letak 4 biji telur. yeke??aku agak2 la..

Cara2nya...

Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
Masukkan bawang putih yang telah dimayang..(wei, klu korang nak dadu pun ok, ade ke aku kesah??).
Setelah naik bau, masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan air.
Berilah rempah tu bergaul mesra dengan minyak beserta bawang yang telah ditumis tadi.
Agak-agak rempah dah masak, pecah minyak (tapi mak cakap tak payah tunggu sampai pecah minyak pun takpe)..pecahkan telur lalu kacau. Tambahkan air jika mahu kuah banjir.
Masukkan garam gula secukup rasa. Serbuk perasa kalau mahu.
Siap ! boleh makan cicah dengan roti. nYam2. (sumpah lapar lepas tulis entri ni)


p/s:nanti klu aku masak, aku amek gambar upload eh..haha..(^^,)

2 comments:

  1. nie nak buat telur bungkus tanpa ayam n daging, syaur ke?? hehehe~

    ReplyDelete
  2. takla shafiq..ni nak buat telur nak cicah dengan roti..tak tahu nak bagi nama apa..sesuai la untuk student. cepat mudah pantas....(^^,)
    cuba tau !

    ReplyDelete